aku teringat kenangan dekat kolej. semua kawan-kawan. aku rindukan hampa weh. masing-masing mungkin dah kerja. ada jugak la 2 3 orang aku dengar dah sambung belajar. bagus la macam tu. dah ade hala tuju. bukan macam aku yang masih mencari-cari. aku sendiri pon masih tercari-cari hala tuju hidup aku sebenarnya.
aku dulu masa kat kolej. tak sabar-sabar nak habis belajar. konon-kononnya best la. dah boleh masuk alam pekerjaan. sape kata??. bosan gile ada la. aku sanggup habiskan masa berada di semester 6 buat final year projek dari tak buat apa-apa macam ni =)
macam-macam yang aku ingatkan. perangai sorang-sorang. sumanye buat aku senyum macam orang gila bila di fikir-fikir balik. memang seronok.
budak-budak kelas aku. hmm...... ape cerita korang ha? rindu nak lepak dengan korang lagi. macam kejap je rasanya aku habiskan masa 3 tahun aku dengan korang. dah la masing-masing duduk merata. susah sangat nak jumpa
budak umah aku jangan citer la. lagi la banyak kenangan. tiap-tiap malam mesti dah nak pecah umah tu dengan gelak-gelak. mesti ade je aktiviti nak buat. masing-masing pon aku dengar dah keje. mesti best kan korang. ajim mesti la lagi best. sambung degree kat UK terus. aku ade jugak la berangan-angan nak sambung sampai macam tu, tapi kena la sedarkan diri. tak mampu ==
budak group last projek ngan aku. lan, charlie, karaz, azhari. rindu gile korang wehh. separuh mati nak buat projek. macam-macam kenangan dengan korang. bile lagi nak buat projek gempak-gempak. last-last nombor 10 jugak ranking nya. hahahaa. tu yang paling aku tak boleh terima skali. tapi apa-apa pun kira puas hati la dengan usaha nya.
gambar group dengan supervisor: dari kiri - mr said, mr shahinsha, hazwan, fikri, idzlan, mustaqim, azhari
bila lagi aku boleh jumpa dengan korang suma =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan