Isnin, 19 Januari 2009

Jumaat, 16 Januari 2009

bury your head

terlalu penat rasanya kebelakangan ni. tidur pon rasa macam tak cukup. kepala pun dah sakit. berdenyut-denyut.
semalam pergi kl bawak mama pergi check up. dan untuk keberapa kalinya aku mengantuk ketika memandu. shit. bahaya gila. aku nih dah tak boleh drive jauh ke? duhh..
alhamdulillah semua ok. tarikh pun dah ditetapkan untuk check yang seterusnya. doktor tu cakap manalah tau kot2 mama berubah fikiran nak buat operation. ceh bertuah. sampai bila-bila pun aku takkan bagi. =="
besok dah lusa boleh rehat secukup-cukupnya. aku nak mengisi masa itu dengan tidur. hehe

Ahad, 4 Januari 2009

kepuasan

jangan terlalu tamak mengejar sesuatu kerana tidak semua yang di impikan akan tercapai


huh..

Khamis, 1 Januari 2009

tahun baru

huh.. tahun 2009? azam tahun baru? begitu cepat masa berlalu. dan begitu cepat juga la rasa nya usia aku makin meningkat tahun demi tahun. hala tuju? huh.. aku pon masih tercari-cari.
tak banyak pencapaian yang boleh di banggakan tahun 2008. kecuali menghabiskan pengajian aku pada peringkat diploma. aku masih seperti dulu. tiada lagi rezeki untuk berkerja dalam bidang yang aku ceburi. memang terasa cemburu melihat kawan-kawan yang telah bekerja. haih.. mesti dah banyak diorang menabung kan. =="
aku banyak menghabiskan masa bersama sepupu-sepupu yang kebanyakan nya hampir seusia dengan aku sejak akhir ini. masing-masing mengeluh. walaupun ada di antara mereka yang sudah bekerja. tapi ada yang dipaksa mengambil cuti kerana keadaan ekonomi sekarang.
haih.. aku sekarang sudah menjinakkan diri dengan perniagaan. tidak la sehebat mana. tidak la bermimpi untuk cepat kaya. cukup lah untuk mendapatkan daily cash. aku dan sepupu-sepupu membuka perniagaan kecil-kecilan untuk mendapatkan duit untuk sara diri masing-masing. minggu lalu, kitorang cuba dapatkan tapak kat sure rasa. alhamdulillah. memang memberangsangkan.
hari ini bersamaan 1hb, sepupu aku bertunang. aku tumpang tidur kat rumah dia smalam. tak larat nak balik sebab dah terlalu lambat. tambah pulak penat sangat sebab tutup stall lambat. customer tak ramai tapi banyak menghabiskan masa bergelak ketawa je dengan sepupu-sepupu aku. lagipun pagi esok nya dah kena datang awal kat sini sebab ada doa selamat sebelum pergi ke rumah pihak perempuan. selesai majlis, baru la aku dapat pulang ke rumah. dapat la rehat akhirnya.


minggu lepas, gmi pos gambar semasa aku convo bulan november lepas. haih..rindu aku zaman belajar. tenang dah terlampau banyak main-main. haha =="