Sabtu, 23 Oktober 2010

Pontianak 3 Second

Dalam satu kampung, 3 ekor pontianak set satu pertandingan nak tentukan siapa yang paling hebat menghisap darah. pastu diorang set masa dengan tempat yang sesuai. tiba hari pertandingan 3 ekor pontianak tersebut berkumpul di tempat yang telah di tetapkan iaitu di atas puncak bukit.



Pontianak A : aku yang paling hebat antara kita bertiga.

Pontianak B : mana boleh. kalau kau betul-betul hebat. kau buktikan pada kami.

Potianak C : setuju!




pontianak A pon berlalu pergi untuk menunjukkan kehebatannya. dalam tak sampai 30 second dia patah semula ke puncak bukit dengan muka yang penuh berdarah.




Pontianak C : hebatnya kau. cepat betul kau menghisap darah. kat mana kau hisap tadi?

Pontianak A : kau nampak rumah tu?

Pontianak B & C : nampak!!

Pontianak A : rumah itu la aku pergi tadi. tak sampai 30 second habis aku kerjakan.

Pontianak B : arghhhh...aku lagi hebat. mari aku buktikan.

Pontianak A & C : silakan.




pontianak B pon berlalu pergi untuk menunjukkan kehebatannya. dalam tak sampai 15 second dia patah semula ke puncak bukit dengan muka yang penuh berdarah.




Pontianak C : hebatnya kau. cepat betul kau menghisap darah. kat mana kau hisap tadi?

Pontianak B : kau nampak kampung tu?

Pontianak A & C : nampak!!

Pontianak B : kampung itu la aku pergi tadi. tak sampai 15 second habis aku kerjakan.

Pontianak C : arghhhh...aku lagi hebat. mari aku buktikan.

Pontianak A & B : silakan.




pontianak C pon berlalu pergi untuk menunjukkan kehebatannya. dalam tak sampai 3 second dia patah semula ke puncak bukit dengan muka yang penuh berdarah.




Pontianak A : hebatnya kau. cepat betul kau menghisap darah. kat mana kau hisap tadi?

Pontianak C : kau nampak pokok tu?

Pontianak A & B : nampak!!

Pontianak C : tadi aku tak nampak!