hari ni adalah hari konvokesyen selepas aku abis blajar. alhamdulillah syukur sangat rasanya aku dapat konvo bersama dengan suma kawan-kawan.
seronok sangat bila dapat berkumpul balik sama-sama. sumanya tak henti-henti bersembang. soalan favourite biasa la apa lagi. "kau wat pe skang?" . hahaha. lemah gile aku nak jawab soalan tu. nasib baik la ade jugak dua tiga orang yang sama macam aku. tak la rasa segan sangat ==
ni la pertama kali aku merasa sarung jubah untuk konvo. agak pelik la aku rasa aku pakai macam tu. tak biasa sangat. dengan pakai blazer lagi kat dalam. dah mengalahkan manager pulak. haha. ye la. kat kolej dulu mane ade bergaya nak pakai-pakai macam tu. suma pon sarung uniform je. senang citer. tak payah dengki tengok orang lain pakai baju lawa-lawa. pakai uniform kan suma nampak macam budak kilang je. hahaha
semalamnya ade rehearsal. konvokesyennya kat kampus baru kat bangi. agak bernasib baik la aku ade saudara mara kat kl tu. ada jugak la orang yang boleh tunjukkan kan jalan nak pegi sana. aku mane tau nak mengala ke bangi tu. setakat area kl tu bleh la lagi =='
masa rehearsal tu pon dah ramai budak-budak batch aku dah berkumpul. masing-masing dah lain aku tengok. tak macam masa kat kolej dulu. selenge je. haha. sempat jugak aku sembang-sembang dengan suma orang sambil dengar briefing pasal konvo esoknya.
hari konvo tu agak malang la. boleh plak dah bawak kamera tapi bateri plak tak perasan dah abis. baik tak payah bawak macam tu. terpaksa la aku menumpang kamera kawan-kawan sbb nak menyelit jugak ada gamba. hahaha. lepas nih kena la aku contact sorang-sorang nak pungut gamba punya pasal. tu pon kalau bleh jumpa.
alhamdulillah aku dapat jugak diploma tanpa sebarang halangan. hutang ataupun apa-apa yang berkaitan yang boleh menyebabkan diploma aku kene hold. lega hati aku. sekurang-kurangya aku tak hampakan perasan mak bapak aku yang dah banyak berabis untuk aku. terima kasih banyak-banyak. ni je la yang mampu aku buat untuk diorang. sekurang-kurangnya dah boleh buat diorang senyum.
dah dapat diploma ni ape lagi. mula la balik proses nak cari kerja. harap-harap lepas ni dapat le aku kerja. kesian aku kat family aku yang kene tanggung makan minum aku lagi. kawan-kawan doakan aku weh. haha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan