kepala aku dah cukup serabut. dah cukup semak. macam-macam yang aku fikirkan. sampai rasa nak tercabut dah otak aku ni dari kepala. esok sepatutnya hari mama operation. aku sendiri yang akan bawa mama gi hospital. tapi sampai jumaat lepas pihak hospital masih tak hantar surat or faks apa-apa perkembangan untuk mama.
aku terlalu takut. dan mmg tak setuju sangat sebenarnya nak bagi mama buat operation. aku rela mama bergantung dengan ubat sahaja dari nak biarkan dia dibedah. sbb sakit mama melibatkan otak
so sesuatu bukan benda yang boleh di ambil ringan.
penah dulu aku bawa mama pegi buat check up dekat hospital. aku dengar dengan teliti masa doktor check mama. dia bagi suggestion supaya mama operate. tapi risikonya agak berat. kemungkinan akan lumpuh sebelah badan dari anggota badan. menitis air mata aku bila dengar macam tu. tak sangka sampai macam tu skali risiko kalau operation tu dibuat. sebelum ni mama pernah buat operation untuk "emboss" untuk pulihkan keadaan dia. tapi doktor cakap "emboss" tu hanya boleh tahan untuk 4 ke 5 tahun sahaja dan hanya boleh buat untuk 2 atau 3 kali. lama-kelamaan mama tetap kene buat operation jugak. aku tak boleh dan tak sanggup nak bayangkan risikonya.
adik-beradik mama suma tak bagi mama buat operation termasuk la mak dia sendiri. suma orang sayangkan dia. dan suma orang tak sanggup nak tengok dia jadi camtu. aku agak terharu tgk makcik-makcik dengan pakcik-pakcik aku yang ambil berat pasal mama. aku bersyukur sangat ada saudara mara yang prihatin macam tu. diorang banyak membantu. terima kasih banyak-banyak.
2 3 hari lepas nenek ade bagitau mak lang aku ade call dia. menangis-nangis tak nak bagi mama buat operation. nenek sampaikan kat aku. dia tak bagi tau mama. sebab tak nak mama risau.
kadang-kadang ada jugak aku terfikir. kenapa Allah tak biar je aku ganti tempat mama. biar aku sahaja tanggung sakit daripada tengok mama yang tanggung. mungkin ni pembalasan untuk suma dosa2 aku. terlalu leka. lupakan kebesaran-Nya. bnyak buat dosa. inikah pembalasannya?
ada hikmah juga pihak hospital tak hantar surat pasal operation ni. tak perlu la mama kena operate.
aku tau die stress pikir pasal ni. aku pon serabut. tapi aku terlalu risau. aku tak sanggup mama tanggung suma risiko tu
ya Allah, sembuhkan la dia dan panjangkan umurnya
aku terlalu sayangkan dia
aku terlalu sayangkan dia
='(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan