huh. setelah sekian lama nya aku tak lepak kat ruangan ni. tiada waktu lapang dan tiada apa yang hendak di kongsikan. terlintas untuk menulis seketika kerana tiada kelas buat waktu ini. dah aku bersemangat bangun pagi tadi, tiba-tiba lak takde kelas. ni wat aku rasa hangin ni. haha. oh lupa. selama aku lame tak menulis ni. aku dah melanjutkan pelajaran di peringkat degree. alhamdulillah. banyak jugak benda yang aku consider sebenarnya masa nak apply sambung dulu. duk borak-borak dengan member seangkatan masa kat diploma dulu, ada jugak yang cakap nak sambung sama. wahh. memang lagi berkobar-kobar la aku nak sambung belajar. dah ada kawan. sekurang-kurangnya susah senang boleh di kongsi. kelas agak menenangkan gak la buat aku semester ni. subjek-subjek hardcore alhamdulillah ada skit-skit yang dapat transfer. boleh la aku focus kat subjek-subjek lain untuk semester ni. pejam celik dah hampir 2 bulan gak la aku kat bangi ni. untuk kali keberapa tah berpuasa di perantauan. hahaha. malam ni menu berbuka tak pasti lagi. semua jenis roti dah rasa. nasi set dah tak lalu nak telan. harga pon tak konsisten. demm. baru nak berjimat. aku rasa sampai sini je kot kali ni. dah takde bende nak tulis. mata pon dah nak kuyu balik. tapi nak sambung tido tak boleh. kang tak pasal-pasal aku terlepas kelas petang pulak.
ahad ni test 1 math. mak aih. baru test 1 dah cuak gila. diploma dulu bapak rilek nya. apsal la korang buat math "senang" camni. memang tak mengaru la kepala aku hari-hari. dah ah. blah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan